SEJARAH PSS

 SEJARAH PENUBUHAN PSS
         
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Nik 
Daud merupakan suatu sistem proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber sekolah ini menjadi entity subordinate yang bertindak sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan, sekaligus memperkasakan kualiti modal insan warga sekolah ini.

Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus sumber seperti guru-guru, kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain ‘stake holders’.

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Nik Daud  bermula dengan sebuah bilik bacaan induk dan sebuah bilik APD yang berkongsi dengan bilik BBM. Bilik bacaan induk tersebut hanya berkeluasan dua buah bilik darjah dan mampu menampung seramai 80 orang pelajar. Sementara bilik APD pula hanya mempunyai keluasan sebuah bilik darjah  berkongsi dengan bilik BBM dengan kapasiti 25 orang pelajar.

Bermula pada tahun 1994, PSS Induk mula beroperasi di bangunan baru. Sementara bilik APD, ABM, berada pada bangunan lama iaitu Blok C Pelbagai kemudahan untuk pemerolehan maklumat disediakan di PSS induk dan koridor-koridornya. PSS mendapat peruntukan daripada kerajaan dan wang SUWA, kemudahan fizikal PSS turut dipertingkatkan melalui jaringan komuniti seperti ibu bapa, PIBG, JPP, dan  KESEDAR.


No comments:

Post a Comment