PERATURAN PSS

PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Peraturan Am

*          Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat dan kertas sahaja ke
           dalam PSS. Beg, fail persendirian, buku-buku teks persendirian dan
           sebagainya mestilah disimpan di rak  khas yang disediakan di luar PSS.

*         Sebarang bahan PSS tidak dibenarkan dibawa keluar kecuali setelah
           bahan tersebut direkodkan oleh pembantu PSS atau Pengawas PSS.

*         Membawa keluar buku atau bahan-bahan PSS tanpa kebenaran bertulis
           adalah dianggap melakukan satu kesalahan.

 *        Pelajar dilarang MAKAN dan MINUM di dalam PSS.

*           Pengguna PSS adalah dilarang membuat BISING, BERBUAL, dan
           BERBINCANG selama berada di dalam PSS. Semua pengguna PSS
           diwajibkan mematuhi peraturan amalan SENYAP sepanjang masa.

*         Setiap pengguna dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan PSS
           sepanjang masa.

*         Menjaga keselamatan PSS adalah menjadi tanggungjawab bersama.

*         Pengguna dikehendaki memasukkan buku/bahan bacaan yang telah
           digunakan/dibaca ke dalam tong yang disediakan sebelum keluar.

*         Ketika hendak keluar dari PSS, pengguna dikehendaki mempamerkan
           semua bahan yang hendak dibawa keluar untuk tujuan pemeriksaan jika
           diminta.

*         Pelajar dikehendaki menarik perlahan-lahan kerusi untuk mengelak
           daripada berbuat bising ketika menggunakannya.

*         Kerusi hendaklah dirapatkan kembali ke meja selepas setiap kali 
           digunakan.

*         Pastikan tangan sentiasa bersih semasa berada di dalam PSS bagi
           Mengelak  buku dan bahan-bahan menjadi kotor.

*         Tarik buku perlahan-lahan daripada rak-rak supaya tidak rosak, koyak dan
           lain-lain kerosakan.

*         Pakaian di PSS adalah yang sesuai sebagaimana ketetapan peraturan
           pakaian sekolah ini. Pakaian jeans, seluar pendek, skirt dan pakaian
           berwarna-warni dilarang sama sekali.

*         Pelajar hendaklah beratur ketika hendak masuk, keluar dan semasa
           berurusan meminjam atau memulangkan buku/bahan.

*         Semua pelajar dikehendaki keluar dengan segera dalam keadaan beratur
           dan senyap apabila loceng penamat dibunyikan.

*         Pelajar tidak dibenarkan berdiri atau membuat bising di luar PSS semasa
           PSS dibuka.

*         Peraturan ini mesti dipatuhi oleh semua pengguna pada setiap masa.

*         Semua peraturan ini adalah tertakluk pada pindaan dari semasa ke
           semasa.
                       
Peraturan Penggunaan PSS Pada Waktu belajar

#         Guru-guru tidak dibenarkan membawa masuk pelajar atau kelasnya ke
           dalam  PSS pada waktu rehat.

#         Guru yang membawa pelajar masuk ke PSS hendaklah sentiasa berada
           bersama pelajarnya.

#         Hanya dua kelas pelajar sahaja dibenarkanberada di dalam PSS pada 
           satu-satu masa.

#          Guru yang menggunakan PSS hendaklah menjalankan aktiviti pengajaran
           dan pembelajaran secara terancang dan sistematik.

#        Jadual penggunaan PSS adalah secara tempahan, siapa cepat dia dapat.
          Jadual/borang tempahan disediakan di kaunter.

#         Alat-alat/ bahan yang ada di dalam PSS tidak dibenarkan dibawa keluar
           kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Penyelaras PSS atau
           Pengerusi/ Ketua Unit Perpustakaan.

#         Sebelum alat/bahan tersebut dibawa keluar, guru/peminjam hendaklah 
           mengisi ‘Borang Pinjaman Peralatan’ yang boleh didapati daripada Kerani
           PSS


PERATURAN BILIK PUSTAKA SKND

1.    Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik PUSTAKA   tanpa kebenaran dan arahan
       guru.

2.    Pelajar TIDAK dibenarkan makan dan minum atau bermain atau
       melepak di bilik Pustaka .

3.    Pelajar dan guru TIDAK dibenarkan membawa apa-apa bahan atau peralatan
       keluar dari bilik PUSTAKA  tanpa kebenaran guru penyelaras bilik PUSTAKA.

4.    Guru mestilah SENTIASA berada bersama pelajarsemasa aktiviti p&p dijalankan di
       Bilik   PUSTAKA.

5.   Jangan menyentuh  / mengunting / mencalarkan wayar elektrik .

6.   Jangan mengalihkan sebarang peralatan  tanpa diarahkan guru.

7.   Buku  yang dipinjam atau digunakan hendaklah  DISIMPAN DITEMPAT ASAL semula
      Sebelum meninggalkan bilik berkenaan.


8.   Pelajar hanya dibenarkan meminjam tiga buah buku sahaja dalam tempoh

      satuminggu.

9.   Buku yang dipinjam hendaklah dihantar tepat  pada masanya bagi mengelakkan
      denda. Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan denda sebanyak 20 sen.

10. Jangan menconteng,merosak atau mengoyak  buku yang di baca atau dipinjam.

11. Murid dikehendaki menulis nama pada buku yang disediakan ditepi pintu masuk
      semasa masuk ke bilik PUSTAKA

12. Pastikan tingkap dan semua suiz  DITUTUP Sebelum meninggalkan bilik.

13. Pastikan semua peralatan berada DALAM  KEADAAN BAIK sebelum
      dan selepas menggunakannya .







No comments:

Post a Comment