NILAM SKND

LAGU TEMA; PROGRAM NILAM
                                                                                                       
MEMBACA DAN BELAJAR
AMALAN HIDUP MULIA
JADIKANLAH PANDUAN
WAWASAN ANDA

                        NILAM PROGRAM MEMBACA
                        MEMBERIKAN SEMANGAT
                        MEMBACA DENGAN JAYA
                        BUDAYA KITA.

                                                BINA TABIAT MEMBACA
                                                MATLAMAT NILAM KITA
                                                GANJARAN YANG DIBERI
                                                TIDAK TERHINGGA

JADI RAKAN PEMBACA
JUGA CAPAI JAUHARI
PEMBACA YANG BESTARI
ANUGERAH DIBERI

                        NILAM.........   NILAM
                        ANUGERAH NILAM
                        MENERANGI JALAN SURAM
                        NILAM..........  NILAM
                        ANUGERAH NILAM
                        IDAMAN PEMBACA JAYA

                                                MEMBACA DAN BELAJAR
                                                AMALAN HIDUP MULIA
                                                BINA TABIAT MEMBACA
                                                MATLAMAT NILAM KITA

DUNIA INDAH SEKALI
PASTI LEBIH BERSERI
AMALAN MEMBACA
MENJANA MINDA BESTARI
                        (ULANG CHORUS)
                        AMALAN MEMBACA
                        MENJANA MINDA BESTARI
                                                NILAM




Program NILAM

                 1.    Latar Belakang
     a.    Nadi Ilmu Amalan Membaca ( NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
*           Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (peringkat pegurusan).
*           Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (praktikal).
*           Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun sehingga tamat persekolahan (penilaian ).
                             b.    Bila  program ini bermula:
*           Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah. Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah menengah  dengan rasminya pada tahun 1999.
*           Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998; Pelaksanaan Program NILAM yang mewajibkan semua sekolah di Malaysia menjalankan Program NILAM.
*           Langkah pemantapan budaya membaca dalam kalangan murid-murid sekolah ini juga diperkukuhkan lagi melalui Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2005 bertarikh 12 Mei 2005; Memantapkan Budaya Membaca di kalangan Murid Sekolah.
                    

 2.    Matlamat
Satu strategi untuk menanam minat membaca  dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya  murid sekolah hingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
                      3Objektif   
     a.    Menjadikan murid banyak membaca. Pembacaan melibatkan semua genre , bahan yang berkualiti dan tidak terkongkong kepada pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja.
     b.    Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif  dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
     c.    Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat kepimpinan, berani berhadapan dengan khalayak, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.
     d.    Melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cinta akan bahan bacaan, menjadikannya sebagai satu budaya dan ‘role model’ kepada rakan-rakan sebaya yang lain.
     e.    Menjadi pemangkin terhadap budaya membaca dalam masyarakat.
              f)        Tahap Program NILAM
Program NILAM mempunyai dua  tahap. Tahap yang pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu percambahan penyertaan murid dan penggunaan bahan dalam aktiviti galakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).
                       
  a.       Tahap Pertama
Tahap ini dinamakan JAUHARI. Pada tahap ini semua murid diwajibkan mengikuti  aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh PSS sepanjang tahun.
     i.     Murid mula mengikuti aktiviti sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas membaca (Pertengahan Tahun Satu).
    ii.     Murid diberi kemudahan meminjam buku melalui PSS untuk aktiviti galakan membaca yang dijalankan. Keupayaan kebanyakan PSS meminjamkan buku kepada murid adalah pada kadar minimum sebuah buku untuk dua minggu. Dengan kadar tersebut kemampuan murid membaca sepanjang tahun dapat diklasifikasikan seperti dalam jadual.

Tahun
Asas
Sederhana
Tinggi
Tertinggi
1
9x1 = 9
9x2 = 18
9x3 = 27
9x4 = 36
2
18x1 = 18
18x2 = 36
18x3 = 54
18x4 = 72
3
18x1 = 18
18x2 = 36
18x3 = 54
18x4 = 72
4
18x1 = 18
18x2 = 36
18x3 = 54
18x4 = 72
5
18x1 = 18
18x2 = 36
18x3 = 54
18x4 = 72
6
18x1/2 = 9
18x1 = 18
18x1½ = 27
18x2 = 36
JUMLAH
90
180
270
360

Tahap Pembacaan Berasaskan Bilangan Buku di Sekolah
Rendah

Tingkatan
Asas
Sederhana
Tinggi
Tertinggi
1
18 x 1 = 18
18 x 2 =36
18 x 3 = 54
18 x 4 = 72
2
18 x 1 = 18
18 x 2 = 36
18 x 3 = 54
18 x 4 = 72
3
18 x ½  =9
18 x 1 = 18
18 x 1½  = 27
18 x 2 = 36
4
18 x 1 = 18
18 x 2 = 36
18 x 3 = 54
18 x 4 = 72
5
18 x ½  = 9
18 x 1 = 18
18 x 1½ = 27
18 x 2 = 36
JUMLAH
72
144
216
288

Tahap Pembacaan Berasaskan Bilangan Buku di Sekolah

Menengah
18 =    Pinjaman buku 2 minggu sekali bagi 36 minggu dalam setahun. Jumlah 36 minggu  setahun ialah minggu persekolahan, tidak mengambil kira minggu aktiviti sukan dan peperiksaan.
Nota : Murid tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan 5 dianggap mempunyai peluang pada 6 bulan pertama untuk menyertai program ini  dengan aktiviti diperlahankan pada 6 bulan kedua.    
                         iii.       Sistem Ganjaran JAUHARI
Berdasarkan pada kadar bacaan seperti  Jadual 1 dan Jadual 2, murid-murid diberi ganjaran dan pengiktirafan sejajar dengan tahap  pencapaian mereka. Pengiktirafan ini boleh digunakan sebagai sebahagian daripada kriteria pemilihan ke sekolah kawalan, sekolah Berasrama Penuh atau temuduga untuk penajaan biasiswa. Cadangan pengiktirafan adalah seperti berikut, dengan mengambil kira kemampuan purata murid setelah 6 tahun dan 5 tahun bersekolah:


Jumlah Bacaan/Buku
Pengiktirafan
90 - 179
Gangsa
180 - 269
Perak
270 – 359
Emas
360 – ke atas
NILAM
Pengiktirafan Tahap Jauhari Sekolah Rendah
Jumlah Bacaan/buku
Pengiktirafan
72 – 143
Gangsa
144 – 215
Perak
216 – 287
Emas
288 – ke atas
NILAM
                                               
Pengiktirafan Tahap Jauhari Sekolah Menengah

                             b.    Tahap Kedua
Ciri-ciri tahap kedua NILAM ialah mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Tahap ini dinamakan RAKAN PEMBACA (RP). Tahap in member penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Murid-murid yang telah membaca sebanyak 100 buah buku di Tahap Jauhari layak memasuki Tahap RP. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
 i.         Proses di tahap RP ini ialah pelajar RP menerima panduan daripada guru pembimbing yang dikhaskan berkebolehan dibimbing oleh seorang guru. Guru bolehlah mengambil peluang untuk turut sama berada di tempat aktiviti yang dijalankan oleh murid tersebut secara formal.
ii.         Murid dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Murid akan memilih dan meminjam buku di PSS atau sumber-sumber lain untuk dibaca dan seterusnya meminjam buku tersebut kepada rakan-rakan, keluarga dan jiran.
iii.        Pengiraan markah bagi Tahap RP  berdasarkan aktiviti yang dijalankan, antaranya;
·         Bercerita
·         Membaca Bersama
·         Bicara Buku
·         Meminjam Buku
·         Syarahan
·         Lakonan
·         Diskusi

CADANGAN MARKAH UNTUK AKTIVITI
Bil
Aktiviti
Markah
1
Bercerita
1 sesi x jumlah pendengar
2
Membaca bersama
1 sesi x jumlah pembaca
3
Bicara buku
1 sesi x jumlah pendengar
4
Meminjam buku
1 sesi x jumlah peminjam
5
Syarahan
1 sesi x jumlah pendengar
6
Lakonan
1 sesi x jumlah penonton
7
Diskusi
1 sesi x jumlah pendengar
                       
                                                Contoh kiraan markah

Bil
Aktiviti RP
Sesi/Pendengar
Markah
1
Bercerita
1 sesi x 20 pendengar
5
2
Membaca bersama
1 sesi x 2 pembaca
2
3
Bicara buku
1 sesi x 3 pendengar
3
4
Meminjamkan buku
1 sesi x 4 peminjam
4
5
Syarahan
1 sesi x 150 pendengar
5
6
Lakonan
1 sesi x 40 penonton
5
7
Diskusi
1 sesi x 60 pendengar
5

          Contoh pengiraan markah Rakan Pembaca
                              
   Nota ;   i.      Banyak           aktiviti RP boleh diadakan bagi setiap                                                    sebuah buku  
ii.  Markah maksimum untuk satu sesi atau pinjaman sesebuah buku
  adalah  5.

iv.        Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh murid direkodkan dalam Buku Rekod RP, disemak dan dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan.
v.         Pengiktirafan RP adalah seperti yang berikut;

Markah
Pengiktirafan
100 – 199
Gangsa
200 – 299
Perak
300 – 399
Emas
400 – ke atas
NILAM
                       
                                                Pengiktirafan Rakan Pembaca

   5.      Kawalan       
Sekolah membentuk satu mekanisma pengurusan program membaca di sekolah. Masa ditetapkan mengikut jadual yang ditentukan oleh pihak sekolah. Semua bacaan ini direkodkan dan diurus secara sistematik. Pengesahan pembacaan dibuat melalui rekod bacaan yang diisi oleh murid-murid. Rekod bacaan boleh disediakan berdasarkan  contoh-contoh yang dilampirkan, ( rujuk contoh Rekod Bacaan) boleh diubahsuai untuk keberkesanan  penggunaan. Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan semua rekod bacaan murid disahkan dan jumlah pembacaan mereka setiap tahun disedia dan dikemaskini.



g)        Strategi Pelakasanaan     
6.1       Pelaksanaan Program NILAM di peringkat negeri dijalankan oleh JPN dengan kerjasama PSPN sebagai urus setia. Kerja-kerja yang dilakukan termasuklah menempatkan program, menyelia, menilai dan melapor untuk tujuan pengubahsuaian atau penerusan. Satu buku panduan pelaksanaan program perlu disediakan mengikut kesesuaian sekolah. Sekolah juga boleh menghasilkan aktiviti yang berkesan dan inivatif mengikut kreativiti masing-masing. Perkara-perkara  berikut perlu dihuraikan dengan jelas dalam buku panduan tersebut;
                        a.         Jenis aktiviti dan cara pelaksanaannya
                        b.         Peranan warga sekolah
                        c.         Penglibatan ibu bapa
                        d.         Jenis bahan bacaan
                        e.         Spesifikasi bahan bacaan
                        f.          Rekod bacaan
                        g.         Pengesanan dan penilaian
                        h.         Lain-lain

            Jawatankuasa Pelaksanaan NILAM perlu ditubuhkan di semua negeri yang bertanggungjawab kepada Bahagian Teknologi Pendidikan             selaku urus setia Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca, Kementerian Pelajaran Malaysia. Jawatankuasa ini juga bertugas merancang dan melaksanakan Program NILAM di peringka negeri.

 h)       Kesimpulan
Progran NILAM adalah satu pendekatan yang member peluang dan galakan kepada murid-murid  menggunakan keupayaan diri membentuk tabiat membaca. Pelaksanaan program secara sistematik disokong dengan dokumen dan rekod yang sahih memudahkan penilaian dan pengiktirafan. Ianya  juga dapat dijadikan sumber rujukan.

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

a)         PENGENALAN
1.1       Program  ini merupakan program yang berterusan sepanjang tahun, dimulakan dengan tahun Satu pada tahun 1998. Pada tahun 1999 pula, Tahun Satu dan Tahun Dua serta Tingkatan Satu akan mengikuti program ini. Begitulah seterusnya sehingga tahun 2003 penglibatan meliputi kesemua murid sekolah rendah dan menengah (rujuk lampiran 2).
1.2       Aktiviti yang dijalankan dalam program ini tidak terasing daripada proses pengajaran dan pembelajaran malah boleh diserap dan disepadu dalam semua bentuk aktiviti mengikut kesesuaian. Pelaksanaan program ini tidak bertujuan untuk menambahkan beban guru malah ia menjadi pemangkin dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang kea rah pencapaian akademik yang cemerlang serta membina masyarakat berbudaya membaca.
1.3       Pelbagai aktiviti galakan membaca telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah. Pihak sekolah boleh mengubahsuai aktiviti tersebut mengikut persekitaran dan tahap kemampuan murid atau membentuk aktiviti lain melalui daya kreativiti dan inovasi guru-guru.

     b)   PELAKSANAAN
Program NILAM yang dilaksanakan di sekolah memerlukan satu strategi yang berkesan. Langkah-langkah berikut perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk semua warga sekolah memahami dan menghayati program ini.

1          Taklimat Pengetua/ Guru Besar
Sebagai pentadbir sekolah, Pengetua atau Guru besar harus memahami konsep dan matlamat program untuk dijelaskan kepada warga sekolahnya. Perkara-perkara yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
a.         Latar belakang gerakan membaca
b.         Apa itu NILAM
c.         Tujuan NILAM
d.         Aktiviti asas NILAM
e.         Tahap Pertama NILAM
f.          Tahap kedua NILAM
g.         Sistem kawalan
h.         Pengiktirafan

            2          Mesyuarat Guru
Kefahaman guru-guru terhadap program membolehkan mereka merangka beberapa strategi pelaksanaan yang berkesan. Strategi yang dimaksudkan ialah:
                        a.         Menyediakan carta organisasi
                        b.         Menentukan peranan guru PSS, kelas dan mata pelajaran
                        c.         Menyediakan senarai tugas/ penglibatan semua staf.
                        d.         Menentukan dan menyusun jadual pelaksanaan
                        e.         Menentukan bahan mencukupi.
                        f.          Memastikan kelancaran perjalanan program dari segi;
                                    *           Pengumpulan data
                                    *           Pengesahan
                                    *           Pengawalan
                                    *           Penilaian

3          Pengesanan dan Penilaian Program
Keberkesanan program ini oleh pihak pentadbir ditentukan melalui perkara-perkara berikut;
a.         Memastikan pengumpulan data dilaksanakan pada masa yang ditentukan.
            b.         Menentukan program ini berjalan lancer di semua kelas.
c.         Membuat perjumpaan dengan guru-guru dan membincangkan masalah pelaksanaannya.
            d.         Mengambil tindakan mengatasi masalah.
            e.         Menentukan insentif-insentif kepada murid-murid di peringkat sekolah.
f.          Mengumpul dan menyimpan data untuk diserahkan kepada penyelaras program.
g.         Mengagihkan fail-fail rekod bacaan kepada guru berkenaan pada tahun yang berikutnya.
  c)       BAHAN
3.1       Penyediaan bahan yang mencukupi adalah penting untuk keberkesanan dan kejayaan program. Bahan utama yang diperlukan ialah buku bacaan dan bahan panduan.
                        a.         Buku Bacaan
Bahan-bahan bacaan yang digunakan dalam program ini boleh diperolehi daripada PSS, Sudut Bacaan Kelas, Perpustakaan Keluarga, Perpustakaan Awam, Pusat Sumber KEMAS, Perpustakaan Felda, Perpustakaan Komuniti dan lain-lain.
                        b.         Buku Rekod Bacaan
Setiap buku yang dibaca mesti direkodkan dalam Buku Rekod Bacaan seperti format yang dicadangkan.
                        c.         Bahan Panduan
Untuk memastikan keberkesanan Program NILAM di sekolah, buku panduan yang diterbitkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia; Program NILAM : Konsep dan Panduan Pelaksanaan di Sekolah Edisi Kedua hendaklah dijadikan sebagai bahan rujukan utama.


   d)     PERANAN
Setiap staf sekolah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan program NILAM. Setiap individu mempunyai peranan tertentu. Program yang dimainkan adalah seperti berikut;
1          Penasihat – Pengetua / Guru Besar
Pengetua/ Guru besar sebagai pentadbir sekolah bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan program ini.
2          Pengerusi – Penolong Kanan 1
                         a.        Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program
                                 NILAM.
                        b.         Memahami dasar dan matlamat program.
                        c.         Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
                        d.         Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancer
                                melalui:
                                    *           Penyeliaan
                                    *           Perjumpaan dengan guru
                                    *           Temu bual murid dan ibu bapa secara formal
                                    *           Laporan Pelaksanaan
e.         Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program
           NILAM
f.          Mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan
           program.
g.         Mengenal pasti guru untuk menghadiri kursus dan seminar yang berkaitan dengan bacaan dan seumpamanya.
h.         Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
i.          Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan.
j.          Mengesahkan laporan yang berkaitan Program NILAM.


           
3          Timbalan pengerusi – PK HEM / PK Ko-kurikulum / Penyelia Petang
                        a.         Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan beliau.
b.         Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai Program NILAM.
c.         Membantu Pengerusi mengenal pasti kelemahan Program NILAM dan mengambil tindakan.
d.         Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM.
e.         Memastikan Program NILAM dilaksanakan mengikut
           perancangan.
f.          Menyediakan pengurusan kewangan Program NILAM.
g.         Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

4          Penyelaras Program – Guru Perpustakaan dan Media
a.         Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap awal tahun.
b.         Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan.
c.         Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM.
d.         Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah.
e.         Memastikan program berjalan dengan lancar.
f.          Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat sekolah.
g.         Mengenal pasti dan membimbing calon untuk Anugerah NILAM peringkat Negeri.
h.         Mendapatkan pengesahan laporan dan data NILAM daripada Pengetua / Guru Besar.
i.          Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG.
j.          Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

            5          Setiausaha – Guru NILAM
                        a.         Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat.
                        b.         Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang
                                 berkaitan.
                        c.         Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM.
                        d.         Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM.
e.         Mengumpulkan maklumat (kertas kerja, laporan, bahan, data) dan menyerahkan kepada penyelaras program.
f.          Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Penyelaras Program dan salinan kepada Pengerusi.
g.         Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

            6          Penolong Setiausaha – Guru Data NILAM     
a.         Mengumpul data dan rekod membaca dan Rakan Pembaca murid daripada Guru Tingkatan/ Kelas pada setiap bulan.
b.         Memasukkan data ke pengkalan data.
c.         Menganalisis data rekod membaca dan rekod aktiviti Rakan
           Pembaca.
d.         Menyerahkan analisis data rekod membaca murid dan analisis aktiviti Rakan Pembaca kepada Guru NILAM.
e.         Mengemas kini data NILAM.
f.          Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

            7          Ketua Panitia
                        a.         Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan
                                 untuk murid.
b.         Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus kea rah pembacaan berkualiti.
c.         Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama-sama Penyelaras Program.
d.         Memantau pelaksanaan Program NILAM.
e.         Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
            8          Guru Kelas
                        a.         Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing.
b.         Mendapatkan Buku Rekod Bacaan daripada PSS/Koperasi dan mengedarkan kepada murid.
c.         Menggalakkan murid mengikut aktiviti  Program NILAM
           secara aktif.
d.         Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
e.         Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam boring data
           NILAM.
f.          Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut
           perancangan.
g.         Menyerahkan data NILAM kepada Guru Data NILAM setiap
           hujung bulan.
h.         Mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang layak ke tahap Rakan Pembaca kepada Guru Pembimbing Rakan Pembaca.

            9          Guru Perpustakaan
                        a.         Membuat penggredan buku buku.
b.         Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi  bagi menjalankan Program NILAM.
c.         Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok (projek pukal).
d.         Membantu setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong Program NILAM.
e.         Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

           

 10        Wakil PIBG
                        a.         Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa NILAM.
                        b.         Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat program
                                 NILAM.
c.         PIBG berfungsi sebagai agen kepada penglibatan  institusi-institusi lain dalam menjayakan program ini dari segi khidmat nasihat, sumbangan buku dan kewangan.

11        Ibu Bapa
Peranan ibu bapa bukan setakat menyediakan keperluan asas untuk anak-anak, malah mereka turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini. Matlamat program lebih mudah tercapai sekiranya mereka;
a.         Menggalakkan anak-anak membaca di rumah dengan bimbingan daripada ibu bapa.
b.         Menyediakan bahan bacaan di rumah (jika berkemampuan).
c.         Membuat pinjaman bahan bacaan daripada sumber lain (Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa, Perpustakaan Bergerak dan sebagainya).
d.         Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan membuat rekod bacaan.
e.         Mengesah dan menandatangani rekod bacaan anak-anak (sekiranya ditentukan oleh pihak sekolah).

            12        Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Pengawas PSS sama-sama terlibat menjayakan program NILAM ini. Mereka bukan sahaja dapat membantu guru PSS malahan merupakan agen penggerak program ini. Tugas mereka adalah seperti berikut:


a.         Membantu murid untuk meminjam buku di PSS.
b.         Membuat pameran buku-buku yang sesuai untuk dipinjam.
c.         Membantu guru PSS  menyediakan pinjaman berkelompok
           (bulk loan).
d.         Membantu guru PSS menganalisis data bacaan murid.
e.         Mempamerkan graf-graf bacaan murid.

            13        Murid
Secara langsung program ini melibatkan murid-murid secara aktif. Mereka merupakan kumpulan sasaran yang akan menentukan kejayaan program NILAM atau sebaliknya. Peranan murid-murid adalah seperti berikut:
a.         Membaca buku sebanyak yang mungkin.
b.         Menentukan bahan bacaan yang dibaca itu direkod.
c.         Menentukan sentiasa mempunyai bahan bacaan tidak kira di mana sahaja.
d.         Mendapat bahan bacaan daripada pelbagai sumber.
e.         Memastikan mereka mencapai tahap pembacaan yang telah ditetapkan untuk mendapat pengiktirafan.
f.          Menjadi rakan pembaca bagi mereka yang layak dan berkeyakinan.

   e)      PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data adalah satu perkara yang amat penting dalam pelaksanaan Program NILAM. Data bacaan setiap murid perlu dilaksanakan untuk dikumpulkan bagi membolehkan laporan kemajuan  bacaan dibuat. Bagi menjamin keberkesanan program dicadangkan pengumpulan data seperti langkah-langkah berikut:
1          Butiran maklumat pembacaan murid perlu diisi oleh guru kelas/ guru tingkatan dalam Borang Data Program NILAM yang disediakan oleh guru data pada setiap minggu pertama bulan berikutnya.
2          Borang Data Program NILAM berkenaan dihantar kepada guru data NILAM pada minggu kedua untuk dimasukkan ke dalam komputer dengan menggunakan perisian yang disediakan.
3          Pengisian Butiran Bacaan
            Laporan butiran bacaan disediakan dengan:
a.         Guru mengisi butiran bacaan ke dalam kad kemajuan setiap tahun berdasarkan entri dalam buku rekod bacaan yang telah disahkan.
b.         Pada akhir tahun persekolahan ( Tahun 5 / Tingkatan 5), jumlah buku dihitung dan diberi pengiktirafan mengikut jadual 3 dan jadual 4 (Jadual Pengiktirafan tahap Jauhari SR/SM)
c.         Pencapaian keseluruhan di atas dicatatkan ke dalam :
                                    *           Kad Kemajuan
*           Surat Berhenti Sekolah
*           Surat Akuan Sekolah
d.         Sekiranya diperlukan maklumat bacaan terperinci boleh diperolehi daripada rekod berpusat atau rekod bacaan murid.

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM
TAHAP RAKAN PEMBACA ( RP )
                       
                            Setelah membaca 100 buah buku, murid layak memasuki
                            tahap RP
        
            
                Murid yang memasuki Tahap RP didaftarkan kepada Guru
                NILAM                                                                                 
                


                      Sekolah melantik Ketua Bidang/Ketua Panitia sebagai
                            Pemantau kepada Guru- guru  pembimbing
                     
                   
                            Sekolah melantik guru-guru sebagai guru pembimbing          

                       
                            Guru pembimbing membimbing RP menjalankan aktiviti


              

IQPSS
OBJEKTIF
1                    IQ PSS adalah singkatan bagi index kualitii Pusat Sumber Sekolah.
2                    Diguna pakai sebagai index piawai pengukur prestasi PSS seluruh Negara.
3          IQ PSS menterjemahkan kriteria kualitatif pencapaian PSS kepada individu kualitatif kualiti agar prestasi  sesebuah PSS boleh diukur secara seragam dan dibuat analisa bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan PSS dan merancang tindakan pembetulan dan penambahbaikan dari segi peruntukan kewangan, pembekalan bahan atau koleksi PSS, peralatan, program latihan,program jejak maklumat dan  agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan mencapai matlamat pada masa hadapan.

RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM NILAM
SEKOLAH KEBANGSAAN NIK DAUD 2015

A)  DI TAPAK PERHIMPUNAN

Bulan
Minggu
Murid Tahun
Aktiviti
Tindakan
Catatan
FEBRUARI


















Semua murid

Pelancaran
-Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah.
-Ucapan guru bertugas.
-Ucapan GPMS
-Bacaan doa
-Ucapan G/Besar dan perasmian.
-Nyanyian lagu Nilam,I Malaysia
-Nyanyian ( 6 Beta )
-         I Am For You
-         Terima kasih cikgu.
-Bacaan Sajak
-Ulasan Buku

1. Pn Norhana



Bulan

Minggu

Tahun

Aktiviti

Tindakan

Catatan

MAC

2

2

1. Membaca petikan

2. Pn Norhayati





Bulan

Minggu

Tahun

Aktiviti

Tindakan

Catatan
APRIL
1
3&5
1. Pelancaran
2. Bercerita
1. Pn Norhana
2. Pn Norhayati






2
2&4
1. Bercerita
   B.Inggeris
1.Pn Noreha
2.Pn Rohimah



3
3&6
1. Sajak
1. En Zabidee
2. Pn NorulAsikin



4
2&4
1.Pantun
1. En Rosly
2. En Suzani


Bulan
Minggu
Murid Tahun
Aktiviti
Tindakan
Catatan
MEI
1
4&5
1. Pantun Nasihat
1. En Nazri
2. En Faizi



2
6
1.Ulasan buku
2.Sinopsis buku
1. Pn Norhana




3
1&2
1. Cerita  berunsur agama
1. Ustazah
   Habsah
2. Pn Siti Sarah





4
3
1.Sinopsis buku
1. Pn Norhana


Bulan
Minggu
Murid Tahun
Aktiviti
Tindakan
Catatan
     JUN
1
5&6
1.Ulasan buku
1. Pn Norhana



2
4&5
1. Bacaan Sifir

1. En Basri
2. Pn Rohaimi



3
6
1. Syarahan
1. En Sazali



4
5
1. Membaca cerita Nabi
1. Ustaz Marzuki



Bulan
Minggu
Murid Tahun
Aktiviti
Tindakan
Catatan
JULAI
1
1
1.Cerita berunsur
Nasihat

1.Pn Norhayati


2
4
1.Ucapan (Bahasa Melayu)

1. Pn Rohaimi


3
6
1. Ucapan (Bahasa Inggeris)
1. Pn Rohimah




4
5
1. Kuis Spontan Kesihatan
1. En Zulkizah



Bulan
Minggu
Murid Tahun
Aktiviti
Tindakan
Catatan
OGOS
1
4&6
1. Sajak Patriotik
1. En Zabidee
2. En Sazali



2
5
1.Kuiz Anti Dadah
  ( spontan )
1.En Rosly







3
3
1. Membaca dan memperkenalkan  simbol-/Peraturan  keselamatan jalanraya
1.En Jaafar




4
4,5&6


2&3
1. Kuiz Spontan
(Sejarah Negara )

1. Kuiz Spontan
( Sejarah Negara )
1.En Rozani


1.En Rozani


Bulan
Minggu
Murid Tahun
Aktiviti
Tindakan
Catatan
SEPT.
1
4,5&6
1. Membaca sinopsis novel

1.En Azman


2
2&3
1.Cerita dalam Bahasa Inggeris
1. En Mazlan
2. Pn Noreha
   Abdullah



3
5 & 4
1. Kuiz Matematik
    ( Spontan )
1.En Syahida
  Fazna



4
1
1.Cerita Rakyat
1. Pn Norhayati
2. Pn Norulasikin


Bulan
Minggu
Murid Tahun
Aktiviti
Tindakan

   OKT
1
5
1. Membaca cerita
   pendek mengikut
   intonasi
1. Pn Rohaimi


2
   6
1. Nyanyian lagu
motivasi
  1. Pn Norhana
  2. En Rozani



3
3.
1.Nyanyian (Bahasa Arab)
1.Pn Siti Zaleha




4
1&2
1.Kuiz Agama
1. Ust Azman






B)    Membawa nota atau buku catatan setiap masa.

Murid dikehendaki menyediakan buku catatan yang perlu dicatat oleh mereka pada setiap perhimpunan dan setiap masa. Buku ini disediakan sendiri oleh murid. Buku ini akan disemak oleh guru kelas.

   C ) 10 minit bersama buku

       10 minit bersama buku pada setiap pagi Khamis. Dijalankan di
       dalam bilik darjah. Guru waktu pertama akan bersama murid
       didalam kelas untuk membaca buku sama ada dibawa dari rumah
       atau diambil di perpustakan atau dibeli.

D) Pondok Ilmu

Membaca buku atau bahan yang diletakkan di pondok bacaan semasa waktu rehat atau sewaktu masa lapang.Buku ini akan ditukar-tukar untuk setiap sebulan sekali.Murid dikehendaki memangkah pada nombor kehadiran mereka pada buku  rekod yang disediakan.

E) Sudut bacaan Di dalam kelas

Bahan bacan dibawa oleh murid dari rumah atau yang terpakai akan diletakkan di sudut bacaan kelas.

F) Papan Kenyataan atau buletin yang  bermaklumat  

Setiap papan kenyataan di lalauan-lalauan dan didalam kelas dilengkapkan dengan maklumat-maklumat terkini untuk bacaan


SENARAI NAMA GURU YANG DIDAFTARKAN DAN KELAS YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA MEREKA 2013.


BIL
NAMA GURU
NO I/C
KELAS
CATATAN
1
NORHANA AZMAH HARON
671120035046
      -
GPMS/PENYELARAS NILAM
2.
HAJJAH ROHAIMI JAAFAR

6 ALFA
GURU NILAM BM
3
RAMLEE B MOHAMMAD

6 GAMA
5 GAMA
GURU NILAM BM
4
AZMAN MUSTAFA
640811035027
4 ALFA
GURU NILAM BM
5
ZAINAB BIN DIN
600511075098
3 BETA
GURU NILAM BI
6
ROHIMAH HANAPI
621003025468
1 ALFA
GURU NILAM BI
7
FAKRURAZZI BIN NAWAWI
690807035433
4 GAMA
GURU NILAM BI
8
NOREHA ABDULLAH
650415035382
5 ALFA
GURU NILAM BI
9
NORHAYATI
720116035340
3 BETA
GURU NILAM BM
10
ZALEHA BT KADIR
620101016894
2 BETA
GURU NILAM BI
11
ZABIDEE B RAZALI
690102037041
3 ALFA
GURU NILAM BM
12
MUHAMAD SUZANI SHARI
721001035441
1 BETA
GURU NILAM BM
13
NAZRI AB RAHMAN
770512036391
3 GAMA
GURU NILAM BM
14
SUZANI SAARI

2 ALFA
GURU NILAM BM
15
NORULASHIKIN AB RAHMAN
810911035330
1 GAMA
GURU NILAM BM
16
ROSLY
791230035289
2 GAMA
GURU NILAM BM
17
SAZALI HASSAN
740120035303
5 BETA
GURU NILAM BM
18
JAAFAR MAMAT
610516035131
5 GAMA
GURU NILAM BM




































No comments:

Post a Comment